Wednesday 15 April 2015



TEKNIK FREEZING

NIKON D3100                                  1 / 60
FOCAL LENGTH : 24.0mm            f / 4.0
(35mm equivalent: 36mm)             ISO : 100


Teknik Freeze adalah teknik memotret pada sesebuah objek yang sedang bergerak dengan seolah-olah hasil imej yang merakam menghentikan objek yang bergerak tersebut. Teknik ini menggunakan kecepatan/speed lensa yang tinggi sehingga objek seolah-olah membeku. Jika kita menggunakan kecepatan rana yang tinggi kesan terhadap foto memberi kesan yang jelas dan tidak kabur. Imej ini saya dapat mengaitkan dengan matapelajaran Dunia Seni Visual. Melalui imej ini murid dapat idea awal mengenai cara melukis catan pemandangan air terjun yang terdapat dalam bidang menggambar. 


   

TEKNIK BLURRING


CANON EOS 60D                                  1 / 100s
FOCAL LENGTH : 57.0mm            f / 5.0
(35mm equivalent: 90mm)             ISO : 320

Teknik digunakan adalah teknik blurring. Ada gambar blurring dibahagian  belakang supaya dapat melihat bahagian depan dengan lebih fokus dan jelas. Manakala ada juga gambar yang blurring di depan supaya dapat melihat bahagian belakang dengan lebih fokus dan jelas. Imej diatas boleh dikaitkan dengan arca seni bina yang terdapat dalam bidang membentuk dan membuat binaan dalam matapelajaran seni visual. 



TEKNIK LOW ANGEL

8m DSC                                 1 / 4585
FOCAL LENGTH : 6.2mm           f / 2.8
(35mm equivalent: 31mm)             ISO : 50

Teknik fotografi ini dilakukan dari arah bawah objek dan dapat juga digunakan untuk menonjolkan bahagian-bahagian tertntu yang terdapat dapa bahagian bawah objek. Cara ini umumnya digunakan untuk memberikan kesan tinggi dan besar. Imej diatas saya dapat mengaitkan dengan bidang membentuk dan membuat binaan dalam set induksi semasa mengajar arca timbul. 




TEKNIK LONG SHOT


8m DSC                                  1 / 11885
FOCAL LENGTH : 6.2mm            f / 2.8
(35mm equivalent: 31mm)             ISO : 50

Imej ini menggunakan teknik jarak terlalu jauh iaitu berfokus kepada pemandangan alam sekitar menggunakan komposisi garisan yang dapat digunakan pada karya untuk membawa perhatian pengamat pada subjek utama. 





TEKNIK JARAK SEDERHANA

CANON EOS 60D                               1 / 100s
FOCAL LENGTH : 36.0mm          f / 4.5
(35mm equivalent: 57mm)             ISO : 640

Foto yang memaparkan imej yang luas untuk memberikan maklumat yang lebih banyak dan terperinci dapat dihasilkan melalui teknik jarak sederhana.Fokus jarak sederhana sangat sesuai dijadikan bahan bantu mengajar  kerana imej yg menyeluruh itu meluaskan pemandangan dengan pelajar terhadap sesuatu perkara. 


TEKNIK ZOOMING

CANON EOS 60D                                1 / 605
FOCAL LENGTH : 25.0MM           f / 3.5
(35mm equivalent: 40mm)             ISO : 400

Teknik digunakan adalah Teknik Zooming (Zoom In). Dalam imej diatas teknik ini digunakan untuk lebih fokuskan kepada daun ketupat yang digunakan sebagai hiasan di dewan perkhawinan kaum India.  Imej gambar diatas guru boleh mengaitkan kepada lipatan dan guntingan dalam bidang membentuk corak dan rekaan dalam matapelajaran seni visual. 



TEKNIK SILUATE


SAMSUNG SM-T211                               1 / 273I5
FOCAL LENGTH : 2.8mm                 f / 2.6
                                                              ISO : 50


Teknik siluate adalah kesan yang dihasilkan dalam fotografi kerana adanya perbezaan antara pantulan cahaya objek utama di bahagian depan imej dengan latar belakangnya. Untuk menghasikan siluet, cahaya dari bahagian belakang objek harus sangat terang kemudian dirakam dengan menyesuaikan cahaya latar belakang. Biasanya siluate dihasilkan dengan mengahalangi pantulan cahaya objek utama. Imej diatas yang menggunakan teknik siluate dapat mengaitkan dengan matapelajaran Dunia Seni Visual. Imej ini membantu murid untuk mengenali lukisan catan pada waktu senja. 






TEKNIK RULE OF THIRD

8M DSC                                  1 / 142s
FOCAL LENGTH : 18.6mm      f / 5.2
(35mm equivalent: 95mm)             ISO : 50


Teknik digunakan adalah Teknik Rule of Third. Teknik ini digambarkan mengikut 9 bahagian yang sama besarRule of Thirds adalah pembahagian foto menjadi 9 bahagian yang sama dengan 2 garis ruang horizontal yang sama serta dua garis ruang vertikal yang sama. Imej di atas dapat memberi gambaran kepada murid mengenai pemandangan alam. Pemandangan  adalah suatu keadaan atau situasi yang terlihat mata dengan nyata yang terjadi dalam pelbagai keadaan. 


TEKNIK PENCAHAYAAN 

CANON EOS 60D                                 1 / 805
FOCAL LENGTH : 33.0mm            f / 2.8
(35mm equivalent: 52mm)             ISO : 100

Teknik pencahayaan yang sesuai akan menghasilkan karya foto yang baik. Teknik pencahayaan akan menghasilkan warna yang kontras yang didominasi oleh warna terang, biasanya warna putih. Kesan yang dihasilkan adalah bersih, putih, suci dan juga lembut.  Teknik pencahayaan amat sesuai digunakan untuk memastikan kekuatan sesuatu produk.  Imej ini saya dapat mengaitkan dengan matapelajaran Dunia Seni Visual. Dalam matapelajaran ini terdapat bidang membentuk dan membuat binaan. 




TEKNIK JARAK DEKAT

SONY ERICSSON E 15 i                                 1 / 6405
 ISO : 40

Imej yang dirakamkan dari jarak dekat dapat menjadi sumber yang membantu pengajaran dan pembelajaran apabila guru ingin fokus terhadap sesuatu kandungan pengetahuan kepada pelajar. Imej bunga diatas dapat membantu guru dalam matapelajaran seni visual untuk mengajar  membuat kajian warna terhadap bunga ros.